klik2




sound blog kalau tak suka dengar bagi "pause"

Saturday, December 29, 2012

Paksalah Diri Kita

Views
Assalamualaikum sahabat handai..




sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat..
Dalam islam tak pernah ada paksaan,.tetapi disini ingin saya kongsikan apa yang saya faham tentang paksa atau tak ini adalah sesuatu yang wajib di lakukan harus dipaksa.Kerna benda wajib harus dilakukan bukan? Allah dah perintahkan benda itu wajib.maka wajiblah kita tunaikan.'Sesunguhnya Saya bukan lah hamba Allah yang sempurna dalam melakukan kewajiban,masih saya akui saya lalai.wallahi..insyallah dengan doa dari kalian doa mak ayah saya insyallah Allah makbulkan amin ya rabb..Tapi setiap yang kita lakukan harus kita paksa tak boleh la nak tunggu seru,seru tak datang kalau tak di panggil,tak ditunjukan..seru akan datang kalau kamu ada potensi dimana sebelum ini kamu tak pakai tudung dah tu kamu mula pakai tudung even pendek kamu cuba,,dan Allah sangat bijaksana dalam mengaturkan urusannya,mana tahu bila dia baru nak bertudung,even tudung dia pendek,tak tutup aurah,tapi dia alhamdulillah cuba,lepas ni Allah bukak lagi hati pakai tudung tutup dada sikit,last-last tudung dia dasyat labuh lagi dari kita kan?.haaa jangan pandang hina kat dia orang..tapi benda wajib,wajiblah paksa paksa paksa dan paksa juga pakai sebab tutup aurat adalah wajib,bukan pakai tudung yang wajib tapi tutup aurat itulah yang wajib adik adik yang dirahmati sekalia.wah ('dah macam program tv lah pulak!) hihih..paksa lah diri mu wahai sahabat,walau kau tak ikhlas tetap kena paksa juga,,bak kata ustaz azhar idrus. 'kalau solat kami harus dipaksa paksalah,kalau tutup aurat kamu hari dipaksa paksalah,kalau puasa kamu harus dipaksa maka paksalah kerna kadangkala kewajipan itu sifatnya terpaksa ....." selepas memaksa diri kamu nanti,insyallah ada hikmah yang kamu termui dalam paksaan yang kamu dh buat dan kamu akan ikhlas melakukan suruhan NYA insyALLAH" (saya ubah sikit ayat dia)..ini juga adalah buat pesanan diri saya juga,saya tak sempurna di bumi Allah..semoga apa yang saya tahu saya share dengan kawan-kawan.benda baik kita sama-sama rasa,benda buruk kita sama-sama jauhkan.insyallah wallahualam ..

Tuesday, December 25, 2012

cinta?

Views
Assalamualaikum sahabat,,

Disini,aku masih remaja,remaja yang lemah tak terdaya tanpa bimbingan,tatapi berusaha untuk kuat dengan bimbingan yang dicari dengan izin Allah..

"ingin sahaja aku bercinta?ingin saja dibelai?ingin aku merasa nya"

 saya tahu kalian pasti ingin keindahan mewarnai hidup ini bukan?
dengan pasangan cinta lelaki?perempuan bukan?
tapi percayalah Allah telah menyusun setiap langkah nya untuk kau dengan yang halal disisi kau semua..
dan suatu hari nanti kau tahu itu dan kau merasakan keindahan yang tak terhitung dek pasir di pantai.

Pengalaman mengajar aku dan  mendewasakan aku,dan menjadikan aku lebih faham apa itu cinta yg sebenar benarnya..Cinta manusia terhadap manusia memang fitrah,kasihmu kepada ibu mu itu suci,kasih mu kepada ayah mu itu baik,kasihmu kepada teman teman mu itu juga murni,tapi kasihmu terhadap kekasih yang belum halal disisi kamu?

percayalah cinta kepada kekasih(pasangan yg belum lagi halal) itu pasti membuatkan kau menangis suatu hari kelak,menbuatkan kau kecewa.itu pasti!! sangat pasti!!

ini adalah sebuah pengalaman,dan pengalaman ini membimbing aku sehingga kini.

Allah tidak ingin melihat hambaNYA menitiskan air mata,menangis,kecewa kerna permainan cinta tidak halal ini.Bohonglah kalau tidak menyukai seseorang, kerna itu lah satu satu nya fitrah manusia yang sukar untuk disimpan.Oleh  demikian kau berdoalah kepada Allah agar jodohmu, iaitu orang yang kau suka,jangan pula kau berminta minta kepada tuan badan :) ..

cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta terhadap Allah,cinta ini tidak akan pernah mengecewakan diri kalian,tidak akan pernah membuat kalian tidak tenang dan segalanya tidak.Malah akan sentiasa mekar dan akan terpahat di hati kalian,dan sangat dipandang oleh Allah.

teman ku,cintailah pencipta kita dahulu,dan langkah seterusnya kau berdoalah agar jodoh yang baik buat mu pula..semoga berjaya menjadi kekasih Allah..amin






Wednesday, November 21, 2012

Views
Assalamualaikumm..

okay! tak lama mendaftar sebagai budak diploma,dulu pre diploma jee...for siapa-siapa yang ambik pre diploma tu..dont worrieee belajar leklok jgn main banyak jgn outing banyak-banyak,jangan jadi macam tuan hamba hahaha,, nanti boleh dekan..soneng jee (yer2 la senangg) 2 subjek je 2 subjek lagi dok mainkan jee..tapi janji buat kuiz baik-baik buat test everthing apa semua tu dengan sebaik mungkin ,attend class everyday jangan ponteng, ouh!..exam nanti lagi ketat tak boleh dah nak buat apa..so dari situ la kalian semua collect kau orang punya markah,,nanti tolong korang punya exam mana tau exam korang salah 2 3 4 soalan ke haa kuiz,test and dicipline pon boleh bantu,,mama-mana lecture yang baik budiman tengok perangai gak tauuuuuu..haaa so taati lah perintah! haaha,

so im going back for my story hahaha, dah tak lama dah nak balik uitm balik,dok kolej macam 6 bulan dulu masa nak habiskan pre,,sekarang dip,banyak pengalaman laa "rindu,,tapi pada masa yang sama malas jugak nak balik :( sedeyy daaa nak tinggal mak abah lagi, "aku kan tak penah jauh dari dia orang" haiyoooo
so,macam tu jela kan,terpaksa dan memaksa hati ni berjauhan,tapi banyak la jugak hikmah berjauhan ni,,hati jadi rindu selalu,selalu ingat mak abah,selalu cakap baik "i love you so much" kalau dekat hampey laa nak cakap macam ni.hahaha tapi takpe saya akan berusaha jugak taknak dah bagi harapan dia orang hancur insyallah amin Allah kan selalu ada,,tawakal jangan lupa yerr dok!..

masuk ni nanti akan ku berusaha sesungguh sungguh nya,,insyallah doakan saya jadi budak yang pandai selalu,jadi budak banyak dapat grade 'A' selalu,doakan jadi budak yang dekan selalu,dan dah dapat semua tu doakan juga saya jadi budak yang tak lupa diri tak jadi riak okay! doa korang yang soleh solehah Allah akan aminkan secepatnya tau,,so saya mintakla tolong doakan saya okay! dan jangan lupa lagi satu doakan saya semoga penghijrahan saya sentiasa di beri rahmat oleh Allah,,agar Allah tetapkan hati saya,semoga Allah memcintai ibadah yang saya lakukan demi redha nya..semoga jalan nak menuju ke arah kebaikan buat sayaa senang untuk saya lalui,,tanpa ujian yang berat amin,:sesungguhnya allah akan menguji hambanya dengan kemampuanya" terimlah dengan hati yg teggar.,walau kau sakit sekali pun manusia,,insyallah kemanisan akan kau rasakan amin,

ya allah teguhkanlah iman kami
ya allah terima lah ibaddah kami
ya allah beri hidayah kepada kami
ya allah beri petunjukmu kepada kami amin ya rabba alamin....................












Saturday, November 17, 2012

teguhkanlah iman ku YA ALLAH

Views
Assalmualaikum ya muslim..

Ya allah nak jadi solehah memang payah,,
bagi aku kekuatan 
berikan aku kesabaran untuk aku terus istiqomah dalam hati..
walau orang tidak bagi aku sokongan,kau tetap teguhkan hati ini dan iman ku untuk mencari redha dan hidayah mu ya allah..
ya allah berikan segala petunjukmu ya allah..
aku tahu untuk berhijrah menjadi baik,amat sukar tanpa sokongan orang yang kita kasihi
ya allah buka kan pintu hati mereka 

tidak ingin aku hidup di dunia hanya kerna nafsu semata.
ingin aku diami syurga suatu hari kelak dengan amal ibadah ku ya allah..






maafkan aku wahai hati

Views
assalamualaikum


       


wahai hati maafkanlah aku,aku telah membuat mu retak bagai kayu usang yang di makan anai-anai,aku telah membuatmu juga kotor..
wahai hati maafkan lah aku...
wahai pemilik hati jadikanlah semua nya sediakala,putihkanlah yang hitam,cantumkanlah yang telah retak itu.
wahai pemiliknya jaga lah hati mu sepetimana kau menjganya dulu..
bentukkanlah hati mu semula dan serahkanlah pada Allah yang maha mengetahui,tiada manusia yang dapat merawat hatiMU sebagaimana penciptaNYA.

tidak pernah Allah duduk diam tanpa ujian diberikan padamu.
tiada kemanisan sekiranya tidak diuji
oleh itu berserahlah diri mu pada ilahi
pimpinlah dirimu kejalan yang diredhai Allah..
rawat hati mu agar dapat kau jalani kehidupan yang lebih panjang 
amin ya rabb ... 


Allah is really great.

Views
Assalamualaikum rakyat jelata sekali..

Allah mendengar doa aku siang dan malam,malaikat yang beribu-beribu turun takkala aku tak lari dari tikar sejadah,mengaminkan doa aku,doa aku agar mendapat peluang untuk sambung pelajaran aku setelah 5 bulan lebih menghabiskan pre-diploma kat UITM Samarahan,.i just want to say Alhamdulillah,allah dah bagi jalan kali kedua,pandai-pandai la guna ea..hiihi..even pointer yang aku dapat tak memuaskan dan tak menepati target yang aku nak,dan telah pun give up sebentar cakap tak nak pergi sambung study lagi sedey + plus nangis tak tentu pasal,,but Allah is great for me,Allah give me chance,Allah give me strength,kekuatan itu datang,."mana ada manusia pandai kalau tak belajar rajin rajin.kalau usaha ada,Allah kan ada tempat kita bertawakal,tapi dengan usaha yang dah sehabis baik kita lakukan insyaallah tawakkal adalah jalan terakhir untuk kita" oh ye tak ye jugak ea...syukur alhamdulillah dapat Diploma in office managment.allahurabi sangat bersyukur atleast dapat kos scd yang aku minat even frust tak dapat culinary,janji tak bagi public admintrastion.yang langsung tak lalu depan hotak hampa..hihi..insyaallah doa mak abah aku dapat sambung belajar dan insyaallah perjalananya di permudahkan sekali lagi..Allah thank for everything!  i'll try my best for the second way allah give to me! fighting3....wallaualam..






Wednesday, October 31, 2012

Janji Allah itu pasti

Views
Assalamualaikum sahabat sahabat aku yang comel yang cantik yang kacak,semua itu anugerah Allah bersyukur yee teman-teman..

huh agak panas darah aku hari ini bila tau result keluar 9/NOVMBER/2012 
ouchhhhh! x sanggup nak check,tak nak check boleh kan?kan?kan?..
macam lagi gerun dari tunggu result spm kot.Oke takpe,sudah aku berusaha siang malam,tinggal tawakal,doa kat Allah banyak,insyallah baik result aku dapat.amin..Korang tolong doakan sekali yee..

bersangka baik dengan allah ya nak........
Allah maha mendengar doa kita,kalau dah takda rezeki nak sambung belajar,ada hikmah la tu .so tak payah la nak pening nak sakit jantung,nak panas kan darah,nak teriak cakap ahhhhh "aku nervours"  tak da makna nye laaa wei! huhhu kalau dah tak dapat Allah dah sedia kan awal-awal lagi yang paling terbaik,cuma kita tak tau bila dia nak bagi, semua nya masih dirahsiakan lagi  setiap  detik saat setiap jam dangan sewaktunya lagi lah,itu masih jadi rahsia Allah..pup!panggg! haaa mana la tau baru je kau nak sedih dah dapat berita gembira mana tau orang nak pinang kau haaa berita baik sangat... kalau ada laa yang nak,tapi itu kan janji Allah, tak baik cakap macam tu nak..hahaha 
semoga Allah perkenankan doa hamba yang kerdil ini 

(ini adalah nasihat untuk diri sendiri,dalam diri manusia takda yang sempurna pun,akan ada rasa gementar kerna itu dah jadi fitrah nya..tapi ingatlah,bersangka baiklah kita dengan Allah swt kerna DIA telah menulis semua takdir yang kita akan harungi dari kita hidup sehinggalah nyawa sudah tiada,Allah itu juga maha pendengar,oleh itu berdoalah kerna Allah sangat suka umat nya meminta minta kepadaNya)..

ambil lah ini sebagai motivasi diri kalian oke! terima kasih kerna singga ke blog saya yang hanya sekdar untuk mengisi masa lapang dan takda yang best manapun,insyallah kalau ada entry yg dapat memberi pengajaran kepada pembaca Alhamdulillah saya alu alukan..

Akhir kata saya memohon maaf sekirannya menyakitkan hati pembaca yang baca entry-entry saya yang bosan haha..mohon maaf hamba tak sempurna..

wallahuaalam..




Saturday, August 4, 2012

Allhamdulillah "

Views
Assalmualaikum ya ukhti..
lama jugak dh tak update blog ni,sebab utama busy buat assignment,x lama lagi dh nak final exam..cayok2! doakan saya ea dapat sambung dip..insyAllah. amin..
okay! 
orang kata berkawan dengan orang yang baik baik,
makna nya baik juga la haluan kita kan?
Alhamdulillah dalam usaha nak mencapai satu tahap untuk mencari hidayah Allah
saya dapat seorang teman yang banyak membawa saya kepada sesebuah program keislaman,setiap program yang dianjurkan tentang islam,pasti kita oraang join kalau takde yang mehalang la..insyaallah kita org akan join..
saya bersyukur dipertemukan dengan seorang sahabat yang dulunya kehidupan nya sama macam kita,selalu buat silap,tapi sekarang Alhamdulillah,sebab memaksa diri untuk mencari hidayah Allah akhirnya Allah tunjukan suatu jalannya.syukran ya Allah..sebab dunia hanya pinjaman,akhirat nanti yang kekal kan..kat dunia ni kita boleh la senang-senang lagi,tapi kat akhirat nanti yang memang tempat asal kita yang akan kekal selamanya,dapat lagi ke kita nak bersenang,nak bergelak tawa..Insyaallah baik di dunia baik di akhirat jawabnya..tapi kalau baik nya hanya di dunia..akhirat? subhanallah daysat balasan Allah nanti..dan oleh itu aku bersyukur sangat-sangat..dipertemukan dengan sahabat yang selalu ingatkan bahawa sifat 'sabar' sangat penting bila kita diuji,.setiap kelalukan,setiap kebendaan di dunia semua itu ujian Allah,Allah nak melihat sejauh mana umatnya bersyukur dengan nikmat,masihkah lagi ingat bahawa nikmat itu Allah yang turunkan..
teman-teman,sahabat-sahabat,jum kita cari dan terus mencari hidayah dan redhanya..
insyaallah kita dapat ganjaran yang setimpal,sebab Allah dah janji kan?..tak nak ke dapat hadiah dari Allah,tapi biarlah melakukan suruhannya dengan ikhlas oke! terutama sekali muslimat,banyak benda nak buat..sebab banyak benda nak kene tutup,tutup sini,tutup situ,,tapi itulah kasih sayang Allah terhadap wanita..Allah sangat menyanjungi kaum hawa tau tak..? nak berubah memang sangat payah tapi berubahlah walau payah sekali pun,sebab ganjaran untuk itu tidak di dunia Allah bagi tapi di akhirat kelak kita akan merasanya..
untuk kalian ingat lah kalau kita berusaha untuk dekatnya denganNYA,insyaallah kalian akan mendapat ketenangan dan kedamaian dalam hati,jum sama-sama kita sucikan hati kita yang selamanya ni kita kotorkan,kita tutup hati kita,tapi sekarang jum la kita bukak hati kita untuk berusaha sebaik-baiknya cari ketenangan dan  kedamaian tersebut,kalau nak mulakan dan meninggal cara kita yng dulu memang sukar,tapi slow3 oke..Allah pasti faham,sebab itu sifat 'sabar' itu penting..jum kaum hawa kita tutup aurat!..:)
Allhamdulillah,saya sekarang pun masih lagi dalam proses ubah sesuatu kepada yang lebih baik..doakan kan saya ea..amin...


comel kan?:)










Wednesday, July 4, 2012

nisfu syaaban

Views





Assalamualaikum...
begitu indah bulan di langit kan?..subhanallah !
yaa indah kerna malam nisfu saaban malam akhir bagi amalam kita yang akan di angkat ke langit yang tinggi oleh malaikat yang Allah tugaskan,untuk ditukar ke lembaran yang baru..
catatan amalam selama setahun? oh begitu banyak rasa dosa yang telah aku lakukan,adakah Allah mengampuni segala dosa aku perbuat selama ini..aku menangis kerna walid aku menanggung lebih banyak dosa yang aku perbuat selama aku hidup di muka bumi ini..aku hanya mampu berdoa agar diterima taubatku..kerna engkau maha pengampun dosa,berikanlah aku kesempatan waktu untuk terus dekat dan lebih mendekatiMU..



okay! aku nak jadi anak yang solehah Ya Allah?.
sebab doa anak yang soleh je dapat tolong mak abah..
sebab aku sayang diorang sangat..
aku tak nak jadi anak yang hanya tambahkan dosa diorang especially my walid..
abah.,im really minta maaf sebab banyak tambahkan dosa abah,abah yang akan tanggung nanti di akhirat..kita org duduk senang lenang buat dosa..
abah sempena malam ni, adik doakan abah mak sentiasa dilindungi,sentiasa diberkati,dan di ampuni segala dosa..amin..


anak mu menyayangi mu selalu.....



sempena nifsu saaban ini juga,aku mengharapkan kehidupan yang lebih baik,kehidupan yang berpaksikan agama ya kuat,agama yang betul,agama yang benar di sisi islam.
dikesempatan itu aku mohon maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan kepada kalian,menyakitkan hati kalian..dalam diri,aku tidak pernah sempurna,hamba allah ini sentiasa leka dan alpa dalam setiap urusan..aku mohon maafkan setiap kesalahan yang telah aku lakukan..aku berharap agar lembaran yang baru ini akan diisi dengan lebih banyak kebaikan dari sebelum nya..







Tuesday, July 3, 2012

Demi Redha-Mu

Views
Demi Redha-Mu | iluvislam.com discover the beauty of islam

Tiada Kami atau Anda, Cuma Kita... | iluvislam.com

Views
Tiada Kami atau Anda, Cuma Kita... | iluvislam.com discover the beauty of islam

Assalamualaikum....jum kita baca ni untuk peringatan diri kita masing-masing..:)

Hukum Puasa, Solat & Doa Pada Nisfu Sya’ban | iluvislam.com discover the beauty of islam

Views
Hukum Puasa, Solat & Doa Pada Nisfu Sya’ban | iluvislam.com discover the beauty of islam

happy birtday to me kimpaa2

Views










Assalamualaikum.
oiii!!  sharifah nur azreen wakeupwakeup! 'HAPPY BIRTHDAY" to you "HAPPY BIRTHDAY" to you
Hari ini hari ketuaan saya..okay! saya dah tua opp bukan tua but umur je menigkat ..I am 18 years old !oyeye my name is sharifah nur azreen bt wan asmad,,upp|  dh macam sesi suai kenal la pulak..kuang2..


okay! first nak cakap terima kasih kat mak sebab dah memberanakan saya.." mak thank so much without you,siapalah saya yang comel yang montel ni.tanpa mak abah juga,saya tak kan dapat tengok anugerah Allah yang paling cantik kat dunia.mak today is happy day for both of us..sayang mak abah..mmuuaahh!


2nd ! thank to my family cuzzen mazen semua sebab dah wish and tidak pernah lupa dengan tarikh keramat ni wakaka..tarikh keramat? scary nye! sebab aku mintak hadiah that why di panggil tarikh keramat...hhihih tapi tak sape jugak nak bagi..:( olloolol ..


3rd ! thank to my all friend yang dikenali or tak kenal yang dah rajin type "HAPPY BIRTHDAY SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI' baik nya korang kan..terima kasih la sangat n tersangat -sangat oke!...sebab korang wish,sedikit waktu korang dah luangkan kat page facebook aku..huaa ty2! facebook la paling ramai aku tengok..hihi

for my sis : saya tahu awak akan jadi orang yang terakhir akan wish,dan saya akan terharu sangat bila awak wish,sebab awak sangat mengerti saya dalam sedih saya dan dalam gembiranya saya...thank kerna tak lupa saya adik awak,saya tau awak selalu doakan kejayaan saya..mbok! i love you..kaulah satu satu nya kakak yang saya ada...love u till jannah! .....thank for your wish...even kau belom wish lagi..hehe..


kerna Allah aku lahir dengan sempurna..
kerna Allah aku sempurna tubuh badan ..
kerna Allah hari ini hari lahir ku..
kerna Allah aku hidup sehingga kini..
....thank Allah....



SELAMAT HARI LAHIR OWNER BLOG NI ...





Tuesday, June 19, 2012

dimana kekuatan aku?

Views
Assalamualaikum..


alangkah indah menangis dalam pelukan seorang ibu...
yup! sangat indah..
cuma kita telah membuatkan seorang ibu itu khuatir..
kenapa anakku?
siapa menyakiti mu?


tiada siapa yang menyakiti aku ibu..
aku sendiri yang telah menyakiti hati ku dan juga hati mu 
aku tidak menghargai setiap nasihatmu..
tapi sekarang? bahu mu tempatku mencurah kan air mata..


ibu aku anakmu yang selalu melakukan kesilapan,maafkan setiap kesilapan yang telah aku lakukan di setiap hari dalam hidup....


for my mak...i love u till jannah...
for my abah..i love u till jannah...


setiap kelemahan,pasti ada sebuah kekuatan yang akan hadir,keluargaku adalah sebuah kekuatan yang paling besar dalam hidup aku ini,ALLAH telah memberikan sebuah kekuatan yang sangat besar dan sangat berharga padaku,,kenapa perlu aku terus dalam kelemahan kan?..yaa..i love my family..







Thursday, June 14, 2012

# sumpah! dia mcm awak

Views
Assalamualaikum...
:) sewaktu berjalan jalan..)*(,, tut tut tut ketepi ketepi..


then,


SUBHANALLAH..IT REALLY LIKE HIM.:(
aku tak tahu nak cakap apa daaa...
okay! aku teringatkan dia balik
okay! aku rindu dia la
okay! sangat rindu
okay! susah nak lupakan dia la
hushhhhhhhh bosan nak cakap benda ni...tapi ni lah actually dia..so i can't do anything la.:|




terima kasih tinggal kan suara kat youtube..hahaha.



Sunday, June 3, 2012

# Alhamdulillah

Views




Assalamualaikum..
Sukacita dimaklumkan anda ditawarkan untuk mengikuti program di UiTM
PROGRAM : SEPENUH MASA 
                 PRA DIPLOMA (PERDAGANGAN)
                 FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN


me just want to say 'ALHAMDULILLAH' very grateful to Allah s.w.t
even tak dapat ambik diploma secara normal la katakan !hihu..,but ini adalah satu langkah untuk kita terus berusaha mencari ilmu kan?..hurmmm sedih,suka,takut semua dalam kepala aku.BECAUSE selama hidup ku ini,tak pernah duduk berjauhan ngan family.Walaupun hanya di KOTA SAMARAHAN..eyh boleh la tahan jauh nya kan lau nak jalan kaki dari BETONG satu minggu tak comfirm lagi la nak sampai.. lau naik kereta pun 4 jam.huhu
Apa-apa pun tu la cara untuk kita kenal kehidupan,jangan dok bawak ketiak mak ayah je,tak kemana nanti..
lepas ni kena buat semua benda la ea! dalam takut ada jugak rasa excited sebab nak rasa berdikari sendiri,..:) hihihi..


DOAKAN SAYA AKAN TERUS BERJAYA..AMIN..


                                       
                                                   
































Saturday, June 2, 2012

# oh! kenduri kawen+picture.

Views
Assalamualaikum...
sekarang dah seminggu dah cuti sekolah berlalu pergi kan3?,sapa-sapa yang sekolah lagi tu mesti malas nak masuk sekolah daa lepas ni ea?..tak boleh,tak boleh..mesti rajin ke sekolah yer adik-adik,jangan jadi akak ni malas nak belajar,bercinta je rajin kan?..tu yang x sampai kesudah meroyan sedih yang tak kemana ni..hak2! EYH bukan ni la yang aku nak cerciter kat sini..ni haaa pasal kenduri. Time cuti macam ni la ramai yang buat kenduri kawen,sampai meletop,grand habis,style lisaaaaa pun ada haha! propaganza jugak aku ni..hek2..
dah penat tangkap gambar pengantin gambar sendiri pun tak lupa jugak,hihih
ni sedikit sebanyak nak selitkan kat dalam sebelahlaut kitoooooooo..



                     blogg ni tak guna difinisi tinggi tu pasal gambar kuarang terang
                                               (jum kawen ngan saya)




                                                bersama ibu (makcik)
                                        actually besau lagi anak sedara :P

Thursday, May 31, 2012

# terima kasih DANIAL MUHAMMAD

Views
Assalamualaikum..
hye sebelahlaut..
hari ni dapat hadiah dari seorang hamba ALLAH tau..namanya Danial Muhammad,
terima kasih daun keladi because dah give saya SOMETHING..nanti bagi la lagi ea..)(gurau je tau) hahaha....btw..im sangat sangat la thank kat awak,sebab dah susah-susah bagi..
hehe...


                                 
ape yang dia bagi tu ea? hahaha
hanya aku yang tau...
kuanggggggggggggg3..
terima kasih sebab dah bazirkan wang ringgit anda kerna saya yer DANIAL MUHAMMAD...:)

Tuesday, May 22, 2012

kerdil nya hamba

Views
Assalamualaikum..


mengapa menyesal tak pernah datang dulu,kenapa mesti menyesal..fuh tak guna nya jadi orang yang banyak buat silap,banyak buat dosa pulak kan?..
sebab apa Allah tak datanglan sesuatu perkara sebelum kita menyesali sesuatu perkara yang kita dah buat..sebab Allah swt nak tengok macam mana kita lalui semua ujian dia,sebab dia nak tengok dapat ke tidak umatnya memperbetulkan kesilapan yang dah kita buat,mana datang nya perasaan menyesal,pasti ada kesilapan yang kita dah buat kan,,tak akan ada rasa menyesal kalau tak buat silap..kan3?...so the very terima kasih sebab dah wujudkan perasaan menyesal kat semua umat nya walau dalam apa juak perkara....pasti yang menyesal akan memperbetulkan kesilapan untuk tidak mengulangi perkara yang dah disesali.bersyukur la menjadi seorang umat dimuka bumi ni...Allah ciptakan umat nya tak pernah sempurna walaupun sesempurnanya pada fizikal,tetap juga manusia tak sempurna pada mentel..kan?..


bila di renung sejenak..........
banyak nya dosa dah aku buat..sedeyyy :(  nya nak tanggung azab kat akhirat nanti..
tapi,apa apa pun..Alhamdulillah perasaan menyesal dh meyelinap masuk dalam hati aku {hamba yang sangatlah kerdil ni}.,hati dah bawa mentel aku berfikir untuk memperbetulkan kesilapan yang dah aku buat,,perkara yang menyeronokan kita,kat situ la perkara yang banyak dosa kita laburkan,,seronok memang la seronok,,sapa la manusia yang tak nak keseronokan kat dalam dunia ni kan?..tapi beringat lah dalam keseronokan tu kena la berpada-pada..Allah pun tak pernah melarang umat nya untuk berseronok kan? ! (untuk peringatan kat diri ni jugak)....


Ya Allah,mengunungnya rasa dosa aku sekarang...adakah aku di syurga?neraka? :(
dimana aku?..
dimana aku ditempatkan nanti takala mata terpejam,dan nafas terhenti?
dosa yang mengunung,tapi pahala nya mana?
apakah aku di neraka?

seksa mu di sana?
direjam?
di makan ulat tubuh-tubuhku?
di masukan kedalam api yang berwarna hitam?
ditarik rambut sehingga otak terkeluar?
subhanallah...
Ya Allah maafkan aku kerna sering lalai mengingatmu..
Ya Allah dekat aku padamu,aku tidak sanggup menanggung segala seksa mu nanti
Ya Allah please give me another chance
Ya Allah,pelase guide me and protect me along the straight path...


                                    















Monday, May 21, 2012

oh my teman seperjuangan ;)

Views









Assalamualaikum..
hari ni nak cakap yang teman seperjuangan aku dah nak berangkat ke tempat belajar dioarang,aku je lagi yang dok diam2 tanam anggur belakang umah..myb takde rezeki lagi aku nak sambung study kot?humm,hope la permohonan aku diterima dengan hati terbuka oleh pihak-pihak berkenaan oke !.hahaha..kepada kawan aku kat tempat orang tu hati-hati,pandai-pandai la korang bawak diri,jgn mudah terpedaya,solat jangan tinggal even korang penat sekali pun..yeah ! sebab ALLAH akan ringgankan kerja korang kalau korang tak lupa untuk sujud menghadapNya..oke bagi yang non muslim,sama la,.cuma cara kita yang lain2 kan?..but still same la..Tuhan akan sentiasa ada dekat korang..kalau korang pun sentiasa ada dekat Nya..
Be yourself,jangan jadi diri orang lain,kat tempat orang banyak cabaran dan dugaan yang kena lalui..lebih2 lagi kawan2 aku yang aku kenal x pernah jauh dari family kan?.mesti korang rindu giler kat mak ayah korang nanti hah?..saborrrrrrrrrrrrr je la! haha..nak pandai kene berkoraban kan..(pandai nya aku bercakap kat sini) haha ...dah dapat kawan baru nanti,aku kat sini jangan la korang lupa..cinta biarla satu tapi kawan tu infinity huhu..ikatan persahabatan takan pernah putus,lain la perhubungan pakwe makwe kan?..
sedeyy nya...aku terkapai2 tinggal sorang2 lagi kat sini,(tula org suruh belajar rajin2 x nak),,hambek kau! ..


to my kawan rapat aku takan pernah lupakan korang dimana jua aku berada..melaikan maut yang memutuskan dan menghilangkan memori aku nanti..korang sahabat dunia dan akhirat aku..insyAllah..


p/s jaga dirik ya bait2,,jgn lupak msj ngn aku...

very grateful to my mak abah

Views
Assalamualaikum...fuh fuh..berhabuk daa sebelahlaut ni kan..olololol,sori la selalu on9 guna hp je sekarang..almaklum la da dapat buah hati baru.kihkih..
Finally i got my MR.G
i really love her
i really need her always by my side
MR.G DONT PLAY-PLAY WITH MY HATI OKE !.


very grateful to my parents
without them,siapa lah hampa kwang3
btw,
thank mum SHARIFAH FAUZIAH
thank abah WAN ASMAD
I REALLY LOVE BOTH OF YOU TILL I DIE
mak abah tiada ganti buat aku,mak abah sentiasa dihati aku sampai bila-bila
mak abah kekuatan buat aku
even aku suka x dengar cakap diorang tapi diaorang lah yang pertama dalam hidup aku,bukan gara-gara aku dah dapat MR G aku je aku cakap cenggini,but for apa-apa saja yang dah mak abah lakukan dari kaki aku sebesar tapak tangan diaorang sehingga lah aku dah besar lagi dari size diaorang sekarang,,hahah,,dioarang jaga aku secukupnya,diaorang jaga aku sesempuarna nya..ALHAMDULILLAH aku di beri seorang abah dan seorang ibu yang sangat-sangat baik.thank to ALLAH..:)


Sunday, April 22, 2012

i have to work hard '

Views
assalamualaikum...


pagi ni...opp petang ni, dah pukul 3.09 pm dh pun mane nye nak pagi lagi kan..wawawa!
oke kenape aku kerja keras ni? hah? why?..because i have a something to buy..sebab tu beriya-riya nak kerja..gaji setiap malam 20 henget so kalau 6 hari dah 120 henget,.kerja lagi ngan mak,tu pun lau mak bagi..tapi lau mak,tak yah bagi pun tak pe,,selame ni dah menyusahkan mak je kan keje aku,so aku tak expect salaries from mak la..biar la cukup aku makan roti canai mak free end air segelas..Nak keje keras tapi sempat gak on9 time ni kan..entah ape-ape la aku ni..takpe malam ni nak keje so mase ni wat report kat sebelahlaut ni jab..pas ni katil panggil aku tido berdengkoooooorrr la !..


what something you want to buy hah? ...
 nak tau ke ? hehe x yah la ea...


hahaha oke3! i want to buy MR.GALAXYSPLUSHIEEEEEEEE..bila la aku akan memiliki hati mu MY MR.G... HUUHUHU...i want i want i want u so much.
I hope i can get you soon,please papa come to me,beside me always..haha SCARY nye aku,,haktui,,puihh!


papa,mama letak gambar je dulu ea..ti mama dah dapat papa mama letak gamabr kita together yer...:(



handsome MR.G aku ni,segak gitu..
dok diam-diam kat sebelahlaut ni dulu ea..
bye3!

Wednesday, April 11, 2012

'mencari keredhaan ALLAH SWT'

Views
assalamualaikum..


biarkan kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi..
biarkan kekecewaan berlalu ,agar kegembiraan mewarnai..
biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat..
biar penderitaan itu menyapa,agar aku tahu kepahitan derita ini..
agar aku sedar kesengsaraan ini..
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw..
Tuhan sesekali tidak menzalimi diri mereka sendiri..
cahaya kelam pahala dosa..
berupaya memilihnya..
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu..
namun peluang daru-Nya sentiasa ada..
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi..
diturunkan ad-din memperhalusi akal..
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
dikurniakan akhlak mencantikan pekerti..
menjadi sebaik-baik umat ,tunduk sebagai hamba..
berjalan sebagai khalifah ..
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata 'iman'..
menyemai sepohon 'taqwa'..
agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu'..
agar dapat berlindung dari angin hasutan 'syaitan'..
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"









Saturday, March 31, 2012

Views
Assalamualaikum sahabat sekalian...

hari ini 1 APRIL 2012 ..maka sudah 3 bulan 1 hari berlalu pada tahun ini,adakah anda masih dalam situasi yang sama,,atau mungkin telah mencapai apa yang anda inginkan?
tanya pada diri anda sendiri?

adakah aku sudah berubah? @ masih seperti yang dulu?

mungkin sudah juga mungkin belum bukan?...
sebagai umat pasti ingin menjadi yang terbaik...

kenapa harus menunggu masa berlalu makin jauh untuk berubah kenapa tidak sekarang?

banyak tanda tanya telah aku keluarkan disini?...tepuk dada tanya selera..

aku bukanlah hamba yang sempurna dalam dunia ini..kerana sesiapa pun akan melakukan kesilapan.....

jika ingin mengubah diri ke arah kebaikan, teruskan dengan iltizam yang kuat,jangan mudah terpedaya lagi,dekatkan diri terus - terusan kepada Nya...
insyaAllah hamba bisa !

'seseorang hamba yang bertaubat ialah orang yang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah'

dan bergembiralah orang-orang yang beriman....



"stay strong dear "

Views


Assalamualaikum,


hari ini aku menjadi bayi perempuan..


hari esok aku menjadi kanak-kanak perempuan..


hari seterusnya aku menjadi remaja perempuan..


dan hari yang akan datang aku akan menjadi seorang wanita..


cinta datang tak kala aku remaja,kenapa harus datang ketika aku belum mengerti erti sebenanrnya cinta,hanya ingin merasa kehangatan seperti orang lain,sedangkan ibu sudah berpesan " jangan bercinta ketika usia mu sekarang ,kerana ibu sudah makan garam,ibu sudah hidup lama di dunia ini " 

ooohh yaaa,,,


tetapi aku degil,aku punya keinginan seperti remaja lain ,
aku cuba bercinta


aku dicintai sepenuhnya
aku disayangi sentiasa


kata-kata cinta buatkan aku bahagia ,buatkan dunia bagai aku yang punya..


tapi.? sekarang?


kenapa aku berdegil dahulu ,tidak dengar nasihat ibu?
kenapa aku mencuba dahulu,tidak dengar nasihat ibu?


kenapa kenapa kenapa ?

ibarat nasi sudah jadi bubur usah ku sesali lagi kan?


pecinta dahulu aku cinta
pecinta dahulu aku sayang


kini pergi,biarpun aku memutuskan hubungan ini,
kenapa masih sekarang aku masih meyimpan perasaan terhadapnya
kenapa masih aku memikirkan kehidupan nya
apa maksudnya semua ini?
beritahu aku...tolonggg lah...


!@#$%^&*(


biarlah dia pergi,biarlah dia mencari kehidupan dan kebahagianya
engkau bukan kebahagian malah kedukaan baginya..( nasihat seorang rakan )


ya itu benar sekali!
barulah aku sedar kenapa takdir ku sebergini,bila ku refleksi semuanya.....


ketika bercinta kadang-kadang aku lalai dalam mengingati Allah,leka dengan cinta seorang lelaki,aku bazirkan masa dan duit hanya untuk cinta lelaki...


aku patut sedar dari awal yang aku harus sentisa dan sepatutnya bercinta kepada pencipta ,itu yang lebih baik..


dia bukan jodoh aku..mungkin?
mungkin juga aku telah bertemu dengan lelaki yang salah
aku tahu aku bukan yang terbaik malah...
tapi sekarang masa masih mengizinkan untuk aku terus cuba untuk mendapat yang terbaik bukan?


rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah...tapi kita manusia ini harus menghargai rasa cinta daripada si pemberi


so?
sekarang aku akan terus berjuang untuk menampung kekecewaan ini..kekecewaan yang amat dalam bagi ku....


ibu maafkan aku
usah engkau kuatir,anak mu mampu meneruskan segala-galanya
anak mu masih punya akal yang waras dan tidak akan sesekali menghancurkan hati mu wahai ibu..


Janji Allah itu pasti,,aku tahu Allah itu sentiasa ada,cuma manusia yang mencipta jarak,
tak kala ingin sesuatu dan bersedih baru ingin menhadapnya...
jangan! 
setiap kehidupan pasti ALLAH yang satu...


lihat sekarang..aku tahu sudah..Allah buktikan kepadaku,yang aku mampu bertahan sehingga sekarang,dalam perjuanganku aku mampu terus hidup,dan bernafas lagi ...



















Wednesday, March 28, 2012

hanya kau yang mampu

Views
assalamualaikunm...
lama dah tak merantau kat sebelahlaut ni kan..terasa rindu pulak kat depa...(kuar dah cakap kedah)
kali ni nak cerita entry pasal lagu yang dah semakin meninggalkan carta dalam konti hot fm..haha,,yeke?..x taula pulak..x pasal - pasal aku kena saman t,cakap sebarang je ea...taklah masih lagi kot ? tapi semalam aku dengar dalam radio era...ha! lagu ape ? haaa lagu ni ' HANYA KAU YANG MAMPU ' BY AIZAT...
lagu budak aizat ni yang menarik perhatian aku dan aku terus tertarik dalam kejiwangan yang maxsimum..ouch! gedik soriiiii....


ape pasal lagu aizat gak ea? nape tak lagu ADELE , FAIZAL TAHIR .CRIS BROWN ke kan3? 
nak jugak budak setegah jagung ni kan...


sebab nya semalam saya dongar lagu ni kat radio era...macam best je !@#$%^&*(&^$%$ 
aku p la layannnnn,,,.
bila dongar punya dongar aku telike! bukan unlike tau..tapi like kat sarikata lirik - lirik lagu ni


meh aku type sikit lirik dia.....:


ku cuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan
bebas bermain di hatiku.................................


best kan...bila korang semua hayati sendiri lagu ni barulah korang faham..
especially yang baru je putus cinta laa ape lagi...macam aku...(aku kan gemar tulis pasal cinta) ting tong!


tapi sape -sape yang baru putus cinta ,,, belajar lah dari kesilapan oke..!


im still strong , even though you forget about me...
{ ich liebe dich } <3 
i'll never forget these word...


p/s : lagu ni mengingatkan masa - masa indah saya bersama si awak
        ktk lagu tok bess ow.....

Friday, February 24, 2012

tahniah lisa surihani dan yusry..

Views
Tahniah diucapkan kepada pasangan Yusry dan Lisa Surihani kerana telah selamat melangsungkan pernikahan di Hotel Marriot, Putrajaya sebentar tadi dengan hanya sekali lafaz. Akhirnya, kedua pasangan ini telah selamat diijabkabulkan. Nampak mani sangat Lisa yang sememangnya dah pun manis. Jom kita cuci mata dulu dengan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan ni.







































Sumber gambar : rotikaya, beautifulnara









Sumber:

LEPAK the place u should be

telan segala dugaan..

Views
Jika rasa tidak kuat,carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan  sahabat yang menjatuhkan kita . Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin dapat hidup berseorangan di dunia.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai ,akan ada lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Beruntung bagi mereka yang selalu diberi ujian ,itu kerana Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha diatas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik..


gagah sendiri
berdiri sendiri
tabah sendiri

dengan itu kita akan mengerti erti kehidupan dengan sendiri dan belajarlah meniti kehidupan yang sebenarnya,kehidupan yang sekarang
patah hati,berkorban lah sedaya upaya untuk terus bangkit dari kedukaan yang hanya mengelapkan masa depanmu...
" gagah la seperti nurbaya...

insyaallah yang baik itu berada di depan,sekali pun harus mendaki gunung yang tinggi,melintasi lautan yang besar, tetap akan ada yang baik menunggu kita di hadapan. Itu janji Nya kepada kita ketika roh ditiup masuk dan setelah itu kita dihidupkan.Sudah temetrai janji nya dan juga janji kita kepadanya..so renung lah bersama-sama
so,kepada kawan yang khususnya patah hati. Biar lah mencintai Nya terlebih dahulu,barulah kamu mencari cinta kepada hamba Allah..
percayalah jodoh tidak akan kemana-mana jika masih menyayangi si dia..biarlah dia mencari kebahagiaan yang dia ingin kan dahulu,jika jodoh itu memang milik kita.pasti suatu hari nanti dia akan kembali pada kita...
move on..chill!
allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...:)
 ilham dari nibiblog..thank....salam..


Monday, February 20, 2012

allah maha adil...

Views
assalamualaikum 
para pendengar para pembaca,kita bersyukur ke hadratnya masih diberi peluang yang sangat banyak untuk terus hidup dan melangkah di muka buminya..sebagai manusia yang dihidupkan sehingga kini,sehingga abad ini..haruslah bersyukur kerna allah masih ingin memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan, kekurangan pada diri setiap insan yang telah dilahirkan dari seorang wanita bergelar ibu...
.....hamba allah yang kerdil ini ingin memohon doa dari pembaca,pendegar yang sudi singgah di blog ini, agar hidup sentisa berlandaskan pedoman yang baik,menjadi anak yang soleh..hidup diberkati sebaik-baiknya dibumi mahupun diakhirat....
 >salam ukhuwah
wassalam.....